08 January 2011

WAAAAAAA, AKU NAK NANGIS!!

pagi tu aku datang sekolah memang tepat pada waktunyer.. semasa jam tepat menunjukkan pukul 8.00 a.m, pengawas peperiksaan menyuruh semua pelajar masuk dewan periksa sebab peperiksaan fizik akan dimulakan sebentar sahaja lagi.. time tu la aku dok terkial-kial cari pensil dan segala alat tulis aku.. punyer la aku selongkar beg aku tapi masih tidak menjumpai segala alat tulis yang telah aku ikat menggunakan getah.. aku mula resah.. mungkin tertinggal di rumah.. arghhhhh!! jerit aku.. macam mane la hari penting camnie bole tinggal barang yang paling penting pulak nie!! bermonolog sebentar aku di situ..

lantas aku masuk ke dalam bilik periksa tanpa membawa sebarang alat tulis.. aku pinjam pen sebatang dari rakan yang duduk di sebelah aku.. lantak la.. janji ada kan.. kata ku.. tiba2, pengawas peperiksaan menyuruh pelajar mengeluarkan kertas lejar.. aku berfikir sebentar.. ape kejadah subjek fizik kene guna kertas lejar2 segala nie?? kertas tu bukan untuk budak akaun je ke?? sumpa aku pelik.. tapi tidak bagi kawan2 ku.. mereka semua membawa kertas lejar bersama2 masuk dalam bilik periksa.. aku mula resah.. lantas aku sekali lagi meminta kertas lejar dari kawan sebelahku.. settle satu lagi masalah..

masa menjawab dimulakan.. aku buka kertas exam fizik tersebut.. aku terkejut kerana 1 soalan pown aku tidak mampu jawab.. sedangkan aku sudah prepare habis2 untuk subjek fizik.. aku meneliti soalan semula.. rupa2yer soalan tersebut mirip subjek biologi.. patut la aku tak boleh jawab kerana aku ni memang bongok dalam subjek biologi..aku mencarut lagi di dalam hati.. bengong!!, apesal la tetibe kertas fizik nie ade soalan biologi plak nie.. yang lagi pelik kertas 1 ngan kertas 2 di combine kan dalam satu kertas tu je..dem,dem..

2 jam 30 minit berlalu.. aku hanya mampu menjawab 20 soalan sahaja.. itu pown hanya soalan objektif dan aku hentam haram je sumer tu..masa pown tamat dan pengawas peperiksaan menyuruh semua meletakkan pen masing2.. pelik aku melihat kawan2 aku yang laen kerana muke mereka semua rilek semacam je seolah2 tiada apa yang berlaku.. aku je yang tak tentu arah.. aku hanya berserah.. konfem2 la aku fail kalau camnie.. lantas aku meminta masa tambahan dari pengawas peperiksaan tapi tidak diendahkan.. lantas aku merayu, merayu, merayu dan merayu.. pengawas peperiksaan tu hilang sabar dengan aku.. lalu beliau menaikkan tangan beliau tinggi2 dengan niat untuk menampar aku kerana aku tak paham bahasa..

dan serta-merta itu jugaklah aku terjaga dari tidur..

ya, aku mimpi.. macam celake je mimpi aku kali nie.. bangun je aku rase macam nak menangis.. tak tahu mengapa.. mungkin kerana aku kesian dengan aku yang kat dalam mimpi aku tu kerana aku kat dalam mimpi aku tu tak sepandai aku yang dalam alam realiti.. paham tak?? kalau tak paham sila baca banyak2 kali supaya paham ye..

dalam mase yang sama aku juga bersyukur kerana itu hanyalah mimpi semata2.. aku juga sangat2 bersyukur kerana sepanjang aku exam SPM ari tu semuanya dipermudahkan.. terima kasih ya Allah!!

sekian, terima kasih..

p/s.. nasib baek aku kat dalam mimpi tak rase lagi penampar pengawas peperiksaan tu kerana aku kat alam realiti sempat bangun dulu.. paham tak?? haha

No comments:

Post a Comment